Pengguna ialah orang yang mendapatkan barangan atau perkhidmatan daripada pasaran sama ada untuk kegunaan diri sendiri atau keluarga. Sebagai pembeli dan pengguna barangan atau perkhidmatan, kita juga perlu mempunyai hak-hak tertentu yang perlu diketahui oleh pembekal atau penjual, iaitu:
Mendapatkan perlindungan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada bahaya yang boleh mengancam nyawa dan keselamatan kita semasa menggunakan barangan atau perkhidmatan.
Mendapatkan maklumat
Pengguna dibekalkan dengan fakta atau maklumat berkaitan sesuatu barangan bagi memudahkan kita mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang dikehendaki. Membuat pilihan
Pengguna diberi kebebasan memilih dan menentukan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan. Kita berhak dan bebas memilih barangan dan perkhidmatan yang dikehendaki mengikut cita rasa, keperluan, dan kemampuan kita sendiri. Menyuarakan pendapat
Pengguna diberi peluang menyuarakan rasa tidak puas hati secara individu atau perwakilan terhadap kualiti barangan atau perkhidmatan yang telah dibeli. Mendapatkan keperluan asas
Pengguna dibekalkan dengan barangan yang pelbagai dan secukupnya untuk keselesaan mereka memilih dan menggunakannya. Keperluan asas tersebut juga perlu mudahdiperoleh dengan harga berpatutan. Antara barangan dan perkhidmatan yang dimaksudkan ialah makanan, pakaian, tempat tinggal, perubatan, dan pendidikan. Mendapatkan ganti rugi
Pengguna diberi ganti rugi atau pampasan sekiranya barangan yang dibeli dan perkhidmatan yang diperoleh tidak berkualiti, tidak memuaskan atau menyebabkan kerugian. Mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna diberi pengetahuan dan kemahiran untuk bertindak sebagai pengguna yang baik. Pihak berkuasa, persatuan-persatuan pengguna, pengeluar atau agen barangan dan pengguna lain bertanggungjawab memberi pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat.
Menikmati alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna diberi hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih untuk menjamin keselesaan dan kehidupan yang sihat. Alam sekitar yang tercemar membahayakan kesihatan manusia dan kehidupan yang lain. Pencemaran mungkin disebabkan oleh penimbunan sampah sarap, pencemaran air, penebangan hutan yang tidak terkawal dan penghakisan lapizan ozon. Pembekal barangan dan perkhidmatan perlu menghindari sikap memusnahkan alam sekitar untuk memperoleh keuntungan.
No comments:
Post a Comment